Wednesday, 4 April 2012

Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan ketiga-tiga tajuk di atas adalah teknologi maklumat sumber manusia sedikit sebanyak mempengaruhi keberkesanan atau kejayaan sebuah organisasi itu. Hal ini kerana jika organsasi bijak dalam menguruskan atau memilih sistem maklumat yang hendak digunakan, ianya akan menyebabkan organisasi mengalami kesukaran dalam mencapai objektif yang ditetapkan.  Sebagai contoh Globalizing HRIS: The New Transnational Model dimana ianya berlaku dalam sesebuah organisasi mengikut perkembangan teknologi global yang terkini dan kadang-kala ianya agak drastik kerana setiap organisasi sentiasa bersaing untuk mencapai atau menjadikan organisasi mereka mendapat tempat di pasaran antarabangsa kerana kebanyakan negara-negara di dunia sedang berlumba-lumba untuk mencari sesuatu yang baru yang dapat mengubah organisasi mereka menjadi lebih mantap tertamanya dari segi teknologi. Oleh itu, organisasi perlu bijak dalam mencari peluang untuk membuatkan organisasi mancapai objektif yang telah ditetapkan.

Dalam menggerakkan sistem di sesebuah organisasi pemilihan adalah penting kerana secara langsung dapat menyumbang ke arah pencapaian tiga objektif utama, iaitu pengurangan kos, peningkatan perkhidmatan dan inovasi. Sehubungan itu, setiap organisasi memainkan peranan yang penting dalam menentukan sistem atau model yang hendak diguna pakai di organisasi masing-masing. 

Selain itu, jika sistem yang ingin dibangunkan oleh organisasi itu telah mantap, organisasi perlu juga memikirkan cara untuk memantapkan lagi pengurusan pekerja kerana segala sistem yang dikendalikan menggunakan tenaga manusia. Oleh itu, dengan wujudnya penilaian pretasi, organsasi dapat mengenalpasti keupayaan pekerja dalam melaksanakan tugas.  Jika kesemua ini diambil berat organisasi, tidak mustahil organisasi dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment