Tuesday, 3 April 2012

Globalizing HRIS: The New Transnational Model

Globalizing Sistem Maklumat Sumber Manusia merupakan satu perubahan atau anjakan paradigm yang berlaku dalam sesebuah organisasi mengikut perkembangan teknologi global yang terkini.  Ianya melibatkan perkembangan teknologi yang kadang-kala ianya agak drastik kerana setiap organisasi sentiasa bersaing untuk mencapai atau menjadikan organisasi mereka mendapat tempat di pasaran antarabangsa kerana kebanyakan negara-negara di dunia sedang berlumba-lumba untuk mencari sesuatu yang baru yang dapat mengubah organisasi mereka menjadi lebih mantap tertamanya dari segi teknologi.


Terdapat 4 model yang diperkenalkan oleh Bartlett and Ghoshal's (1989) di mana ianya di amalkan di setiap organisasi di seluruh dunia mengikut kesesuaian organisasi masing-masing.  Model tersebut adalah seperti berikut:
J  Multinational
Model ini merujuk kepada setiap keputusan yang dibuat oleh organisasi terutamanya organisasi yang mempunyai cawangan di setiap negara tidak perlu merujuk kepada ibupejabat atau melaporkan kepada ibupejabat.  Kebanyakan keputusan yang dibuat tidak dirujuk kepada ibupejabat terlebih dahulu atau dengan kata lain mereka bergerak mengikut cara mereka sendiri, iaitu setiap keputusan boleh dibuat oleh pengurus cawangan sahaja.  Contoh industri yang mengamalkan mengikut model ini ialah syarikat perisian di mana mereka tidak perlu merujuk kepada ibupejabat untuk membuat keputusan Mereka hanya perlu mengikut perkembangan teknologi yang berlaku di persekitaran mereka sahaja. Jika syarikat tersebut berada di negara yang maju dan membangun, sudah tentu perisian yang terkini juga cepat membangun kerana ianya perlu memenuhi keperluan tempatan.  Syarikat lain yang mengamalkan model multinational ini ialah syarikat makanan Mc Donald. Restoran Mc Donald sepertimana yang kita ketahui ianya berasal daripada luar negara. Setiap negara mempunyai menu mereka yang tersendiri. Mereka tidak perlu merujuk kepada ibupejabat jika mereka ingin menghasilkan makanan terbaru keluaran mereka.  Mereka hanya perlu menghasilkan makanan yang sesuai mengikut negara mereka masing-masing.

J  Global
Model ini merujuk kepada sistem yang digunakan oleh setiap cawangan adalah sama dan setiap sistem yang dibuat atau hendak dibuat perlu mendapatkan persetujuan atau pandangan daripada ibupejabat terlebih dahulu.  Sistem ini didapati dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih sistematik kerana setiap sistem yang hendak diwujudkan, akan dimaklumkan kepada setiap cawangan melalui pelbagai saluan komunikasi. Oleh itu, jika dilihat dari sudut positif, sistem ini bukan sahaja memberikan kemudahan kepada setiap cawangan, bahkan komunikasi antara setiap cawangan juga akan menjadi lebih berkesan kerana setiap cawangan boleh bertukar-tukar pandangan masing-maisng dari segi penggunaan sistem ini di setiap cawangan.  Selain itu, kelebihan yang ada dari segi penggunaan sistem yang seragam di setiap organisasi adalah penjimatan kos boleh berlaku kerana ianya menggunakan sistem yang seragam di setiap cawangan. Di samping kebaikan yang dapat dilihat, kelemahan juga dapat dilihat tetapi pada peratusan yang amat sedikit. Antara kelemahan yang dapat dilihat ialah ahli organisasi antara cawangan tidak boleh membuat keputusan secara sendirian kerana setiap cadangan atau keputusan perlu dirujuk kepada ibupejabat terlebih dahulu. Contoh organsasi yang menggunakan model ini ialah syarikat perisian seperti Microsoft.  Syarikat perisian Microsoft di seluruh negara perlu berhubung antara satu sama lain terutamanya di ibupejabat bagi melaporkan atau mendapatkan persetujuan jika sesebuah negara itu ingin menambahbaik sistem yang sedia ada. Selain itu, organisasi yang mengamalkan sistem global ini ialah firma-firma Jepun seperti Kao dan NEC. Ibupejabat akan menghasilkan teknologi baru dan menyebarkan kepada anak-anak syarikat. 

J  International
Model ini melibatkan perkongsian maklumat antara setiap organisasi atau cawangan menggunakan rangkaian komunikasi teknologi seperti emel, persidangan video, telefon dan lain-lain. Ianya bertujuan untuk menyebarkan atau pertukaran maklumat-maklumat antara ahli-ahli organisasi.  Ianya lebih fokus kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan perkongsian ilmu. Dengan itu,ilmu yang diperolehi oleh ahli organisasi juga akan bertambah dengan perkongsian maklumat atau ilmu yang dilakukan. Perkongsian maklumat ini bukan sahaja antara setiap cawangan, tetapi juga perkongsian ini juga boleh berlaku di antara organisasi yang sedang pesat membangun.  Perkongsian maklumat ini akan lebih berkesan dengan adanya perkongsian ilmu antara organisasi yang membangun dengan organisasi yang berusaha untuk menjadi satu organisasi yang membangun. Contoh organisasi yang boleh mengamalkan model ini ialah syarikat penerbangan Air Asia. Seperti yang diketahui, Air Asia merupakan syarikat penerbangan yang mempunyai cawangan di kebanyakan negara . Oleh itu, Air Asia dalam memastikan perkongsian maklumat antara cawangan berjalan lancar, perkongsian maklumat dikongsikan menggunakan medium perantaraan elektronik bagi membolehkan setiap cawangan berkongsi dan bertukar pandangan terhadap promosi atau apa sahaja yang dapat menaikkan taraf Air Asia sebagai syarikat penerbangan pilihan pelanggan.

J  Transnational
Model ini merupakan gabungan bagi ketiga-tiga model, iaitu multinational, global dan international. Di sini dapat dilihat bahawa model ini lebih fleksibel kerana organisasi yang menggunakan model ini berpeluang untuk menggunapakai sistem bagi cawangan mereka mengikut kesesuaian organisasi tersebut. Ianya juga dapat menjimatkan kos di samping lebih responsif dan dapat menjimatkan kos.

Sehubungan itu, kesimpulan yang dapat dibuat melalui keempat-empat model ini ialah, ianya boleh berubah mengikut kesesuaian setiap organisasi dan perancangan yang dibuat oleh ahli organisasi dalam menjadikan sistem yang akan dibuat setaraf dengan negara yang membangun.

Rujukan:

Beaman, Karen V. and Alfred J. Walker. 2000. “Globalizing HRIS: The New Transnational Model.” IHRIM Journal. Vol. IV, No. 4. October-December 2000.

Beaman, Karen V. and Gregory R. Guy. 2003. “Transnational Development: The Efficiency Innovation Model.“ IHRIM Journal. Vol. VII, No. 6. November 2003

No comments:

Post a Comment