Assalamualaikum,
Sebelum saya memulakan bicara, izinkan saya memperkenalkan dahulu diri saya. Nama saya Nur Hafizah Mohd Yusopp. Saya berumur 25 tahun. Saya mempunyai 4 orang adik beradik di mana saya anak yang ketiga. Kini saya berkhidmat di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya sebagai Setiausaha Pejabat gred N27. Saya telah berkhidmat di Universiti Malaya selama hampir 5 tahun. Sebelum saya berkhidmat di Universiti Malaya, saya pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia dengan jawatan yang sama selama 2 bulan sebelum saya mendapat kerja di Universiti Malaya. Saya mula mendaftarkan diri sebagai pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) pada penghujung tahun 2008.
Ingin saya kongsikan di sini mengapa saya memilih untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Hal ini adalah kerana saya ingin memantapkan lagi kerjaya saya di samping pengetahuan saya terhadap sesuatu kerja. Lebih-lebih lagi kursus atau pengajian yang saya pilih ini amat berkait rapat dengan tugas seharian saya. Sehubungan itu, dengan adanya blog ini saya akan kongsikan kepada semua berkaitan maklumat-makluma atau ilmu-ilmu terutamanya yang melibatkan pengurusan sumber manusia dan pendapat saya mengenai maklumat-maklumat tersebut.
No comments:
Post a Comment