Tuesday, 3 April 2012

Pengenalan

Sistem Maklumat Sumber Manusia

Banyak pendapat yang menceritakan atau menerangkan mengenai Sistem Maklumat Sumber Manusia. Hal ini kerana tiada definisi yang spesifik mengenai maksud sebenar Sistem Maklumat Sumber Manusia.

Teknologi Maklumat Sumber Manusia adalah sebarang bentuk teknologi yang digunakan untuk menarik, mengambil, mengekalkan bakat, menyokong pentadbiran sumber manusia dan mengoptimumkan pengurusan sumber manusia (Shrivastava dan Shaw, 2003).

Hendrickson (2003) mendefinisikan  Sistem Maklumat Sumber Manusia sebagai satu system berintegrasi yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis maklumat berkait dengan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.

Cathcart (1999) pula mendefinikasikan Sistem Maklumat Sumber Manusia sebagai satu prosedur bersistem untuk mengumpul, menyimpan, mengekal, mendapatkan kembali dan mengesahkan data yang diperlukan organisasi tentang pekerja, aktiviti sumber manusia dan unit dalam organisasi.

Berdasarkan beberapa pendapat di atas mengenai definisi Sistem Maklumat Sumber Manusia, jelas di sini kita dapat lihat bahawa Sistem Maklumat Sumber Manusia memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sesebuah organisasi agar lebih sistematik dan teratur dan sistem tersebut juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan dan organisasi itu sendiri.

Rujukan:

1. Ibrahim Mamat, Zaiton Hassan (2008), Pengurusan Sumber Manusia: Perspektif Modal    Insan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment