Sehubungan itu, setiap organisasi memainkan peranan yang penting dalam menentukan sistem atau model yang hendak diguna pakai di organisasi masing-masing. Setiap organisasi berbeza sistem mereka mengikut model-model sistem yang mereka gunakan. Model-model yang boleh diguna pakai menurut Beaman dan Walker (2000) adalah seperti berikut:
☺ Standalone System Model
Sistem ini merupakan sistem yang tiada
kaitan antara satu sama lain atau dengan
kata lain ianya adalah sistem yang paling asas . Ianya lebih bersifat berdikari
atau bergerak secara sendiri. Data yang
dibuat oleh organisasi yang memilih model ini adalah data yang disesuaikan mengikut
negara masing-masing serta tidak seragam antara satu sama lain. Cara penyampaian maklumat atau penghantaran
maklumat lebih tertumpu kepada penghantaran maklumat melalui teknologi seperti
emel, faks, telefon dan sebagainya.
Sistem ini sukar untuk dianalisis kerana ianya berbeza mengikut negara dan
data yang didapati setiap negara adalah berbeza-beza. Contoh organisasi yang mengamalkan model ini adalah proton di mana proton yang mempunyai cawangan di luar negara akan menghasilkan kereta keluaran proton mengikut kesesuaian kawasan di sana iaitu yang bersalji, yang tahan dengan cuaca panas terik.
Model ini menggunakan data yang
tersendiri dan segala maklumat yang ada di setiap cawangan boleh dikongsikan
kepada setiap ahli cawangan melalui data
mart. Sehubungan itu, segala
maklumat yang ingin dikongsi oleh setiap cawangan menjadi mudah kerana aplikasi
yang digunakan adalah sama. Ianya juga menjimatkan kos kerana menggunakan
aplikasi perisian yang sama bagi keseluruhan cawangan di mana sistem tersebut
dikongsi oleh setiap ahli cawangan. Di samping itu, data untuk dianalisis juga
menjadi lebih senang disebabkan keseragaman yang digunakan. Organisasi yang menggunakan model ini banyak didapati di bank-bank luar negara yang berpusat di seluruh dunia seperti Hong Leong Bank, OCBC Bank dan sebagainya kerana ianya memudahkan penyampaian maklumat antara sesebuah negara berjalan dengan lancar di samping pemantauan antara bank-bank dapat dilakukan secara berkala.
☺ Single Integrated System Model
Sistem ini adalah sistem yang paling
maju yang digunakan oleh organisasi. Hal
ini kerana sistem ini tertumpu kepada satu pusat induk yang menggunakan sesuatu
sistem, dan seluruh cawangan yang terlibat akan menggunakan sistem yang sama.
Cara untuk menyeragamkan sistem yang digunakan oleh pusat induk kesemua
cawangan adalah secara automatik iaitu, apabila satu sistem dinaiktarafkan,
ianya secara automatik akan dikemaskini diseluruh sistem di setiap cawangan. Sebagai contoh, syarikat penghasilan telefon berjenama seperti Nokia, Sony Ericsson, Samsung dan lain-lain. Penghasilan sistem dan produk adalah sama bagi setiap cawangan dan setiap keluaran produk baru atau penambahbaikan bagi setiap produk yang dikeluarkan, ianya akan sama bagi setiap cawangan. Ini bagi menjaga mutu bagi setiap barangan atau produk keluaran syarikat tersebut.
Sehubungan
itu, setiap model mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ianya
terpulang kepada setiap organisasi itu sendiri dalam menentukan model mana yang
boleh diguna pakai agar organisasi dapat mencapai objektif organisasi yang
ditetapkan.
Rujukan:
Beaman,
Karen V. and Alfred J. Walker. 2000. “Globalizing HRIS: The New Transnational
Model.” IHRIM Journal. Vol. IV, No. 4. October-December 2000.
Mohd Hizam Hanafizah & Zafir Mohd Makhbul (2003), Pengurusan Organisasi: Edisi Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Hizam Hanafizah & Zafir Mohd Makhbul (2003), Pengurusan Organisasi: Edisi Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia
assalamualaikum..sy kongsi nota ini tq
ReplyDelete