Pengrekrutan tidak mempunyai definisi khusus
yang menerangkan berkaitan maksudnya yang sebenar. Di antara definisi
pengrekrutan adalah seperti berikut:
Menurut
Henry Simamora (1997:212) Rekrutmen (Recruitment) adalah suatu aktiviti mencari
dan memilih pekerja bagi memenuhi keperluan organisasi dalam mencapai objektif
organisasi.
Menurut Schermerhorn, 1997
Rekrutmen (Recruitment) adalah proses memilih pekerja bagi
mengisi kekosongan jawatan yang ada dalam sesebuah organisasi.Pengrekrutan yang
efektif dan berkesan akan memberikan peluang kepada calon-calon yang
berkelayakan dan berkemampuan dalam memenuhi kehendak organisasi.
Menurut
Zahir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun dalam buku mereka bertajuk Pengambilan
dan Pemilihan Pekerjaan Dalam Organisasi (2005), pemilihan pekerja
sebenarnya adalah untuk memilih pekerja terbaik bagi sesuatu jawatan. Menurut
Mondy, Noe dan Prameaux (2002) pemilihan adalah proses memilih individu dari
sekumpulan pemohon yang sesuai memegang sesuatu jawatan dalam organisasi.
Pemilihan pekerja dalam organisasi turut member kesan ke atas pengurusan sumber
manusia. Pekerja yang memulakan tugas dalam organisasi, sama ada mempunyai
kelayakan atau pengalaman, perlu diberi latihan yang berterusan.
PSM
perlulah merangka proses pengambilan pekerja bagi syarikat agar syarikat lebih
bersedia pada masa sekarang dan di masa hadapan. Pengambilan pekerja dilakukan
setelah perbandingan yang dilakukan di antara keperluan dan bekalan adalah
menunjukkan bahawa organisasi kekurangan tenaga kerja. Dari itu PSM perlulah
mengambil pekerja bagi mengisi kekosongan jawatan jika berlaku kekosongan
jawatan di dalam syarikat agar kekosongan yang ada itu dapat dipenuhi
seterusnya dapat melaksanakan tugas-tugas yang telah dirancangkan. PSM
hendaklah merangka dan memastikan supaya kehendak personal syarikat akan dapat
dipenuhi secara berterusan, tepat dan pada masa yang betul. Dengan perancangan
yang telah dibuat diharapkan agar sumber tenaga tersebut dapat melaksanakan
kerja dengan baik dan pada masa yang sama dapat menghasilkan keputusan sebagaimana
yang dikehendaki oleh syarikat. Ianya juga merupakan proses mengenalpasti,
berapa ramai sumber tenaga yang diperlukan dan daripada sumber manakah boleh
diperolehi mereka ini. Seterusnya menggunakan kepakaran dan pengalaman yang
dimiliki oleh mereka itu untuk digunakan bagi mencapai matlamat organisasi. (http://ishakarshad.tripod.com/hrD.htm).
Pada zaman yang serba moden kini, kebanyakkan organisasi tidak lagi menjalankan
proses pengrekrutan dan pemilihan pekerja secara manual, iaitu dengan mengisi borang
bagi memohon sesuatu jawatan tetapi ianya digantikan dengan suatu sistem yang diwujudkan
untuk tujuan tersebut. Contoh organisasi yang mengamalkan pengrekrutan menggunakan
sistem adalah Universiti Malaya. Pemohon yang ingin memohon sesuatu jawatan di Universiti
Malaya perlu mengisi borang jawatan kosong secara dalam talian. Ini bukan sahaja
memudahkan pemohon bahkan pihak pengurusan Sumber Manusia kerana sistem tersebut
boleh menapis pemohon-pemohon yang memohon pekerjaan mengikut kelayakan yang diperlukan
bagi sesebuah jawatan. Ianya sekaligus menjimatkan masa di samping dapat menjimatkan
penggunaan kertas untuk mencetak borang permohonan.
Kebaikan Perancangan Pengambilan
Antara
kebaikan yang boleh diperolehi dari perancangan pengambilan yang telah
dilakukan itu adalah:-
|
i.
|
Proses
pengambilan pekerja akan lebih teratur dan bersistematik.
|
|
ii.
|
Memudahkan
organisasi dalam merancang sumber manusianya bagi keperluan di masa hadapan
|
|
iii.
|
Dapat
mengenalpasti masa dan bila diperlukan.
|
|
iv.
|
Dapat
mengenalpasti kelulusan dan kemahiran tertentu yang dikehendaki.
|
|
v.
|
Dapat
mengenalpasti terlebih dahulu keperluan personal.
|
Kesimpulan
Kesimpulannya, proses pemilihan dan
pengrekrutan pekerja yang betul dapat memastikan organisasi tidka salah memilih
calon yang akan berkhidmat dengan sesebuah organisasi itu. Hal ini kerana
pekerja merupakan tonggak utama terhadap jatuh bangun sesebuah organisasi itu.
Jika organisasi salah memilih pekerja, maka ianya agak sukar untuk organisasi
mencapai matlamat mereka. Pendapat saya,
pekerja yang mempunyai pengalaman lebih bertepatan untuk dipilih bagi
berkhidmat di sesebuah organisasi daripada pekerja yang baru sahaja menamatkan
pengajian kerana pengalaman bekerja mengatasi segala-galanya.
Rujukan
4. Ab. Aziz Yusof, 2004, Penilaian Prestasi dari
Perspektif Pengurusan Sumber Manusia, Penerbit Universiti Utara Malaysia
No comments:
Post a Comment